Gajah Borneo
Gajah Borneo

Gajah Borneo

Gajah Kerdil Borneo atau nama saintifiknya Elephas maximus borneensis atau juga dikenali sebagai Gajah Kalimantan di Indonesia, merupakan satu sub-spesies Gajah Asia yang tinggal di Pulau Borneo. Penyelidikan oleh Universiti Colombia menunjukkan DNA gajah kerdil Borneo itu mempunyai persamaan genetik dengan kelompok asal tanah besar Asia dan Sumatera, dan oleh itu merupakan sub-spesies gajah Asia. Gajah ini boleh didapati di timur Sabah dan utara Kalimantan.Gajah pigmi Borneo yang berusia enam bulan mempunyai ketinggian 1.5 meter, sementara gajah dewasa yang berusia lima tahun berukuran 2.4 meter. Mempunyai berat kurang dari 2 tan dan jangka hayat selama 70 tahun. Ia hidup secara berkumpulan dan selalunya terdapat berhampiran sungai Kinabatangan, kerana ia sensitif kepada kepanasan. Terdapat empat kumpulan besar yang dikenal pasti iaitu:-